Friday, August 6, 2010

Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung


Baru lepas solat fardhu Jumaat berjemaah. sekembalinya di rumah telah bergegas untuk ke grai makan. Makan nasi goreng. Selepas mengenakan pakaian ala remaja yang single, kunci kereta di sambut dan bergegas ke kereta. Aku memikirkan gerai makanan yang mana dalah berkhasiat untuk badan? dalam angan muncul KFC, Bee's, makanan kampung lagi berkhasiat. Setelah sampai ke gerai makanan Pak Cik MIDEC. Aku menggelar beliau pak cik MIDEC kerana beliau adalah peniaga makanan dalam UiTM. Beliau merupakan usahawan makanan tempatan di kalangan peniaga tempatan di kawasan niaga di perumahan Teluk Pulai. Sampai sahaja aku di gerai. Aku terus menerpa Pakcik dengan membalas salam dari beliau. kata Pakcik "Nak makan? Nasi Goreng kampung ada, nasi goreng Cina ada, nasi Goreng Biasa pun ada!", "Saya nak nasi Goreng Kampung." balas saya, "Telur mata? Telur Goreng?" kata pakcik sekali lagi. "Telur mata" Balas gurau. Aku ke tempat duduk di hadapan gerai dengan meniliti keadaan persekitaran. Pakcik datang dan membuka televisyen di hadapan. Datang Makcik bertanya "Minum? Teh O' Ais!." Belum sempat melihat tayangan di kaca televisyen. Dua warga muda yang duduk di hadapan menjeling aku dengan mata pandangan yang tajam. Kemudian beliau mengeluarkan isyarat tangan untuk beradu. Aku tertanya siapa beliau? Aku tidak mengambil langkah untuk berbicara, sebaliknya aku mengambil langkah untuk membeli surat akhbar. Sambil membeli  aku teringat apa yang aku lakukan. Lari dari siapa? Aku kembali ketempat duduk dan membaca surat khabar. Muka surat hadapan adalah tajuk semalam yang menyedihkan. Remaja bawah umur memandu kereta, terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan 4 nyawa. Juga yang telihat adalah dua tenaga pengajar salah satu sedang mengandung juga terkorban. Angin yang bertiup membuatkan aku tertanya apakah sekarang ini angin monsun timur sudah berlaku? Sekarang sudah masuk bulan Ogos.
Besambung..

No comments:

Post a Comment