Wednesday, August 25, 2010

Beras 2 1/2 cawan, 1 pot

Mmmm..
1 + 1 = 2
2 + 2 = 4
4 + 2 = 6
6  / 2 = 3
3 - 1/2 = 2 1/2

maknanya 2 1/2 cawan untuk satu periuk!
Masa untuk memasak beras untuk sahur..
Siap berangan lagi.. Jauh angan - angan ini.
Kenapa tak masak 1 cawan?
ada 1 + 1 + 1 + 1 + 1 orang dewasa dalam satu rumah.
satu cawan cukup ke untuk 5?

2 cawan?
Kalau 1 + 1 + 1 + 1 + 1 jawapannya 5
2 bahagi berapa pun takkan dapat jawapannya untuk lima..

Hasilnya kena masak 2 1/2 cawan untuk 5
Apa pula kaitannya untuk 5 / (2 1/2)?
Jawapannya apa?
Kenapa pula dengan jawapan ini..
Ini yang buat tergelak bila masuk dapur..

Friday, August 20, 2010

Pagi Hari Sabtu.

Selepas menunaikan nikmat bersahur. Masyarakat baru bangun ingin menunaikan kewajipan. Segala impian mula ada di dalam fikiran. Jejakkan kaki ke lantai rumah dan mula rasakan kedinginan lantai di waktu pagi. Andai kata semalam tidur atas lantai. Tak apa badan anda sudah pasti suhu nya sama dengan lantai "saja-?"
Gigi geraham selalu sahaja sakit. Membuat percakapan kadang kala tidak selesa dan selalu di salah tanggapi. Bermula dari huruf A hingga huruf Z satu huruf pun tak jelas dan nyata. "Bahasa itu kan indah" akhir nya terpaksa berdiam dan menahan sakit. Maklum sudah bulan puasa, awal - awal sudah makan ubat. Jika hilang kesan ubat, terpaksa tahan sakit gigi.
Ada cadangan untuk mempromosikan barangan runcit untuk menyambut hari raya. Agak harga barang naik tak? Gula? Tepung? Ayam? Minyak Masak?
Jika harga minyak petrol tidak naik, maka harga barangan juga pasti tidak naik!
Mood masih lagi. Mengapa?

Thursday, August 19, 2010

Jiran...

Bayangkan suasana kejiranan yang di alami selama ini sentiasa berubah.. Pening akal yang memikirkan...
Termasuk iklim dengan suhu yang kian setiap hari berubah tidak menentu.. Semestinya Malaysia beriklim panas.. Aku lupa apa yang aku fikir kan.. Namun ianya adalah berfaedah untuk kesihatan.. Yang aku hairan..
Jiran aku adakah beliau ingin menjadi Pelumba Motorsikal yang Professional..? Kita saksikan..

Friday, August 6, 2010

Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung


Baru lepas solat fardhu Jumaat berjemaah. sekembalinya di rumah telah bergegas untuk ke grai makan. Makan nasi goreng. Selepas mengenakan pakaian ala remaja yang single, kunci kereta di sambut dan bergegas ke kereta. Aku memikirkan gerai makanan yang mana dalah berkhasiat untuk badan? dalam angan muncul KFC, Bee's, makanan kampung lagi berkhasiat. Setelah sampai ke gerai makanan Pak Cik MIDEC. Aku menggelar beliau pak cik MIDEC kerana beliau adalah peniaga makanan dalam UiTM. Beliau merupakan usahawan makanan tempatan di kalangan peniaga tempatan di kawasan niaga di perumahan Teluk Pulai. Sampai sahaja aku di gerai. Aku terus menerpa Pakcik dengan membalas salam dari beliau. kata Pakcik "Nak makan? Nasi Goreng kampung ada, nasi goreng Cina ada, nasi Goreng Biasa pun ada!", "Saya nak nasi Goreng Kampung." balas saya, "Telur mata? Telur Goreng?" kata pakcik sekali lagi. "Telur mata" Balas gurau. Aku ke tempat duduk di hadapan gerai dengan meniliti keadaan persekitaran. Pakcik datang dan membuka televisyen di hadapan. Datang Makcik bertanya "Minum? Teh O' Ais!." Belum sempat melihat tayangan di kaca televisyen. Dua warga muda yang duduk di hadapan menjeling aku dengan mata pandangan yang tajam. Kemudian beliau mengeluarkan isyarat tangan untuk beradu. Aku tertanya siapa beliau? Aku tidak mengambil langkah untuk berbicara, sebaliknya aku mengambil langkah untuk membeli surat akhbar. Sambil membeli  aku teringat apa yang aku lakukan. Lari dari siapa? Aku kembali ketempat duduk dan membaca surat khabar. Muka surat hadapan adalah tajuk semalam yang menyedihkan. Remaja bawah umur memandu kereta, terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan 4 nyawa. Juga yang telihat adalah dua tenaga pengajar salah satu sedang mengandung juga terkorban. Angin yang bertiup membuatkan aku tertanya apakah sekarang ini angin monsun timur sudah berlaku? Sekarang sudah masuk bulan Ogos.
Besambung..

Thursday, August 5, 2010

Petang Hari yang sangat "ceria"

Aku terserempak dengan satu gadis, mukanya serupa dengan pelakon Adamaya, yang kekasih Dani dengan Adam tu. Apa yang menarik beliau menaik skooter berwarna kuning dan beliau membuat satu isyarat. "kubis!!!" aku rasa beliau cari kubis agaknya, emak baliau ingin kan agaknya.. Siapa beliau sebenarnya?