Thursday, May 20, 2010

Nakal?

Aku rasa aku nakal.
Habis semua kawan lari.
Aku pun tak larat nak kejar.
Hari hari baca buku tebal tebal.
Muka bila buat salah pun rasa tebal.
Bila dah terlambat nak minta maaf
Muka jadi lagi tebal.
Hari ini aku nak baca buku tebal tebal.
Besok besok kalau kena marah boleh buat muka tebal.
Aku harap tak betul apa yang aku cakap.
Siapa nak tahan hari hari kena marah depan depan.
Hari hari yang di penuhi egois lama sudah berlalu.
Hari ini mungkin tidak akan terlepas.
Hari esok belum tahu.
Usaha untuk kejayaan.
Minta ampun dan maaf =)

Tuesday, May 18, 2010

Tips untuk berkawan.

Reka letak

Sekolah rendah belajar kemahiran hidup. Aku mendapat A dalam kemahiran. Reka letak adalah aplikasi yang menentukan corak papan blog. Lagi kreatif lagi menarik papan blog. Terpulang pada individu. Hidup kena kreatif.

Saturday, May 15, 2010

TENTANG EMAK KITA...
> Orang kata
> aku lahir dari perut
> mak...
> (bukan org kata...memang betul)
>
> Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
>
>
> Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
>
>
> Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..
> .. mak
>
>
>
>  Kata mak, perkataan
> pertama yang aku sebut....
> Mak
>
>
>
> Bila bangun tidur, aku
> cari.... mak
>
>
>
>
> Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
>
>
>
>
> Bila nak bermanja, aku dekati...... . mak
>
>
>
>
>
>
>
> Bila nak bergesel, aku duduk
> sebelah.... mak
>
>
>
> Bila sedih, yang boleh
> memujukku hanya..... mak
>
>
>
>
> Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
>
>
>
>
> Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak
>
>
>
> Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat
> marah.... mak
>
> Bila takut, yang
> tenangkan aku.... mak
>
>
>
>
> Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
>
>
>
>
> Aku selalu teringatkan ..... mak
>
>
>
> Bila sedih, aku mesti talipon..... mak
>
>
>
> Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....
> . mak
>
>
>
> Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
>
>
>
> Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
> "
>
>
>
> Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
>
>
>
>
> Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
>
>
>
>
> Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
>
>
>
>
> Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
>
>
>
> Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
> mak
>
>
>
> Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak
>
>
>
>
> kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam &
> lauk pauk..... mak
>
>
>
> Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang
> aku.... mak
>
>
>
>
> Yang selalu
> berleter kat aku... mak
>
>
>
>
>
> Yang selalu puji aku....
> mak
>
>
>
>
> Yang selalu nasihat aku...... mak
>
>
>
> Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan
> rujuk..... mak
>
>
>
>
>
>
>
> Aku ada pasangan
> hidup sendiri....
>
>
>
>
>
>
> Bila seronok, aku cari.....pasanganku
>
>
>
>
> Bila sedih, aku cari.....
> mak
>
>
>
>
>
>
> Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
>
>
>
>
> Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
>
>
>
>
>
> Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
>
>
>
>
> Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
>
>
>
>
>
> Bila nak bercuti,
> aku
> bawa.....pasanganku
>
>
>
> Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak
>
>
>
>
>
> Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
>
>
>
> Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat
> Hari Ibu”
>
>
>
> Selalu... aku
> ingat pasanganku
>
>
> Selalu.. mak ingat kat aku
>
>
>
>
>
> Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku
>
> Entah bila... aku nak talipon mak
>
>
>
>
>
> Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
>
>
>
>
> Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
>
>
>
>
>
> Renungkan:
>
> "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
> bolehkah kau kirim wang
> untuk mak?
>
> mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
> cukuplah".
>
>
> Berderai air mata jika kita mendengarnya. ..........
>
>
>
>
>
>
> Tapi kalau mak sudah tiada...... .....
>
>
> MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU
> SANGAT....
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......
>
> berapa ramai yang sanggup mencuci muntah
> ibunya......
>
>
> berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin
> ibunya.....
>
>
> berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
> .
>
>
> berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka
> kudis ibunya.....
>
> berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk
> menjaga ibunya......
>
>
>
> dan akhir sekali berapa
> ramai yang
> sembahyang
> JENAZAH ibunya...... .
>
> Seorang anak mendapatkan ibunya
> yang sedang sibuk
> menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
> sekeping kertas yang
> bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di
> apron menyambut kertas
> yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah
> membantu ibu:
>
>
> 1) Tolong pergi kedai :
> RM4.00
>
> 2) Tolong jaga adik : RM4..00
>
> 3) Tolong buang sampah : RM1.00
>
> 4) Tolong kemas bilik : RM2.00
>
> 5) Tolong siram bunga : RM3.00
>
> 6) Tolong sapu sampah : RM3.00
>
> Jumlah : RM17.00
>
> Selesai membaca, si ibu
> tersenyum memandang si anak
> sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
> mencapai sebatang pen dan
> menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
>
>
> 1) Kos mengandungkanmu selama
> 9 bulan - PERCUMA
>
> 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
>
> 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
>
> 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
>
> 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu
> -PERCUMA
>
> Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
> PERCUMA
>
>
>
>
> Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
> dituliskan oleh siibu..
> Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan
> berkata,
>
>
> "Saya Sayangkan
> Ibu".
> Kemudian si
> anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar"
> pada mukasurat yang
> sama ditulisnya.
>
> "Jika kamu menyayangi
> ibumu,
> "forward"kanlah Email ini kepada sahabat-
> sahabat anda.
>
>
>
> 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
>
> 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
>
> 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
>
> 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> .
>
>
>
> __,_._,___
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Wednesday, May 12, 2010

Aci ligan...

Versi dulu panggil aci ligan.. Siapa kena tangkap tak boleh lari. Main la lari satu rumah sekali pun semua orang buat tak tahu pon tak pe. Jangan langgar meja kerusi dah. Sakit satu. kena marah pun satu. Verse ni masa kanak kanak dulu. 94 or 95. sekolah agama pun main kejar sampai SRPA pun buat tak kisah. Ustaz tak ada modal time tu. tak cakap apa pun. Masa rehat buat dek" je kami main apa pun. Itu dulu. Boleh lagi main kejar-kejar. Siap bagi nama, Polis entre" haha.. Pencuri lari polis kejar. Kalau dah jatuh masing-masing buat muka ()_*) melari kan diri dari scene. Masuk kelas apa pun tak tahu. Ustaz cakap pun tak berani nak pandang. INgat lagi Us.

Aku rasa...

Aku rasa aku jalan betul.
Aku rasa aku pilih jalan betul, Apasal aku sesat masuk kumpulan lain.
Aku rasa aku dah jawab semua soalan. Kenapa aku masih tak dapat 100.
Aku rasa aku dah buat pilihan. Kenapa masih lagi ada ruang kosong.
Aku rasa aku dah kenal semua. Kenapa tadi ada, sekarang tak ada.
Aku rasa aku dah dapat A'. Kenapa aku tak boleh nak buat kerja semua betul.
Aku rasa aku dapat A. Sekalai tengok dapat D'
Aku rasa apa yang aku cakap betul. Dah pusing pusing, kena batang hidung sendiri.
Aku rasa aku tak ada masaalah. Tak ada masaalah macam mana nak jawab peperiksaan.
Aku rasa aku ingat semua pesanan keluarga. Apasal aku masih lagi tertanya.
Aku rasa aku semua ini adalah ujian. Mesti ada jampi.
Aku rasa aku kena baca semua doa. Untuk kebalkan hati.
Aku rasa aku dah 100%. Aku dah sempurna.
Aku rasa aku dah jawab tadi. Tapi masih kosong lagi.
Aku rasa aku anak Selangor. Apasal aku masuk team Perak.
Aku rasa aku kena godaan syaitan. Patut lah aku berpinar-pinar tiap-tiap hari.
Aku rasa aku dah solat. Aku ingat pada Allah s.w.t
Aku rasa aku dah lama rasa. Sampai bila nak rasa.
Aku rasa aku dah rasa. Bila nak rasional.
Aku rasa aku dah rasa. Bila nak normal.
Aku rasa aku dah rasa. Bila nak hormat.
Aku rasa aku dah rasa. Bila nak solat.
Aku rasa aku dah rasa. Macam mana nak solat.
Aku rasa aku dah rasa. Macam macam ragam.
Aku rasa aku dah rasa. Macam mana rasanya gagal.
Aku rasa aku dah rasa. Apa itu hikmah
Aku rasa aku dah rasa. Apa itu mukjizat.
Aku rasa aku dah rasa. Apa itu masa.
Aku rasa aku dah rasa. Apa itu kebahagiaan.
Aku rasa aku dah rasa. Apa yang kawan dah rasa.
Aku rasa..... Aku perlu.... berubah..

Saturday, May 8, 2010

Biarkan zaman yang di lalui di penuhi dengan sketsa dan illustrasi..

Baru hari ini aku ada semangat.
Bangun pagi sarapan penambah tenaga. Terus ke gotong-royong dengan Hilmi. Ingat satu kampung. Boleh la.. Rupa-rupanya wakil kampung.. Haha.. Yang terlibat keluarga Mustamam, Musa, dan ada brader psiko komander yang hujan dah turun baru nak datang. tolong jugak dia "tebas pokok ubi pun tolong". Beberapa minit kami gunakan untuk menggali longkang yang kebelakangan ini semakin di himpit sampah-sampah yang sangkut dek kangkung yang bertumbuh di sekeliling longkang. Mula dengan membawa parang dan sabit. "cangkul tak bawak, kasut pun tak pakai" berselipar ke sana dan akhirnya mendapat kasut "pinjam" dari Omar "kumpulan Pak Haji Bustamam" kakinya berdarah ada pacat aku pakai pun terpaksa. Nak buat kerja"kasut tak ada". Kerja tak lama sangat, tiba tiba terus hujan, ingat hujan nak berenti, lagi lama rasa lagi semangat. Hujan pun kami teruskan. Akhirnya hampir sampai ke Benteng "kawasan terbuka hampir ke sungai" kami berhenti dan pulang ke rumah. Masaalahnya kenapa kami yang sudah lama tinggal di kawasan tidak mendapat kemudahan sistem peparitan untuk bahagian belakang rumah?

Catatan Baru

Baru aku ingin memikirkan.
Bidang perakaunan yang aku lalui. Sangat menggerunkan sebenarnya.
Setiap kali masa terakhir aku pasti akan terpegun dengan ke pandaian dan nikmat yang telah aku capai. Bermula dari kehidupan semester 1, aku di berikan cuti khas kerana menghidap Imsonia. Susah tidur malam. Muncul semula pada semester ke 2 dengan kehadiran yang membanggakan. Muncul di semester ke 3 dengan pencapaian yang memusakan. Namun dugaan yang telah aku hadapi ketika semester 4 adalah amat memeranjatkan. Aku tidak mampu untuk meluluskan pencapaian aku dalam subjek Undang-undang. Lebih lagi dengan pensyarah yang sentiasa menjeling pada aku. Mengambil tindakan untuk duduk di barisan pertama kelas supaya lebih prihatin nampaknya menambahkan kemahiran pembelajaran. Terus aku mengulangkaji pelajaran setiap kali di berikan nota-nota bantuan.

Aku tersilap langkah kerana mendalami latihan kokurikulum lebih daripada membuat nota-nota penting. Masa-masa lalu banyak memberi detik detik pemahaman yang rasional untuk berjaya. Pembahagian masa akan membantu. Nota-nota adalah sangat penting.

Kenyataan masa dahulu.. Masih..




Kenyataan masa dahulu masih terbelenggu di leher.. Apa kata masa kecil masih lagi bermain-main.. sampai kan umur dah meningkat pun masih lagi nak bertelingkah.. atau bersua pendapat.. Kanak-kanak lagi sudah pandai bermain, bersukan, bergelak ketawa. Dalam bergambar pun boleh meniliti gerak ketawa riang bersama antara kami. Bermula dengan pembelajaran di UiTM, uhmm.. sekolah rendah rasanya.. Berjumpa bertemu.. tidak lupa juga dengan rakan taulan.. Mudah untuk berkomunikasi, tidak kunjung lupa air muka kawan2..


Paling di sukai oleh kawan-kawan.. Yang duduk di sebelah atas, dari kiri, Abrar Abdullah, Ernah Imran, Shuahadah. Duduk di sebelah bawah, Muhammad diri saya sendiri, Wan Nor Aina, Azimah Zaini, Nur Hidayah, Ridzuwan Mohd Jais, Nor Deeyana Azmi. Ohh. Tidak lupa juru gambar, Sabri, dan Rashid. Nostalgia kami sebagai kumpulan adalah mudah untuk di pertingkatkan. Termasuk persefahaman kami adalah lebih beruntung sekali. Tidak di pisahkan bahawa kami bersekolah di peringkat persekolahan kampung . Mempunyai cita-cita dalam bidang yang di minati. Kami mempunyai asas dalam bidang biologi, telah pun memajukan tahap pendidikan di Tahap Institusi Pengajian Tinggi. Mempunyai kebolehan yang tidak asing dan juga perwatakan yang cukup untuk memberi ilham antara kami. Kebolehan di peringkat sekolah kami tidak dapat di asingkan.


Malam pada akhir bulan disember 2009, mengembalikan ingatan kami. Semoga ukhwah kami sentiasa di junjungi dan dapat di manfaati.

Friday, May 7, 2010

Khalis kehidupan.

Sudah berapa lama anda hidup dan kesudahan nya anda sentiasa de kerumuni masa masa alah yang sentiasa di tuntut dengan berbagai persepsi semata untuk menjalani ibadah. Kesudahan anda di belenggui perasaan yang mendatang kan masaalah yang menghantui kewibawaan diri anda. Penyelesaian nya adalah mudah bagi mereka yang sentiasa bermuhasabah diri dengan mengingati doa-doa yang mustajab. mengadaptasikan pendidikan ilmu ilmu yang di pelajari memudahkan kita untuk memanfaatkan ilmu ilmu didikan. 30 juzuk Al-quran yang di turunkan merangkumi berbagai masaalah sosial untuk kefahaman. Hanya ikhlas dari hati untuk tuntunan kita. Berbagai kemudahan yang di sediakan oleh kerajaan semasa mampu kita usahakan untuk meningkatkan mutu kehidupan. Pendekatan umum terhadap ekonomi, perhubungan(interaksi) antara masyarakat, modal kehidupan kita sebagai pemangkin generasi. Mudah-mudahan kita mampu merealisasikan impian yang sentiasa kita naungkan bersama!