Saturday, May 8, 2010

Catatan Baru

Baru aku ingin memikirkan.
Bidang perakaunan yang aku lalui. Sangat menggerunkan sebenarnya.
Setiap kali masa terakhir aku pasti akan terpegun dengan ke pandaian dan nikmat yang telah aku capai. Bermula dari kehidupan semester 1, aku di berikan cuti khas kerana menghidap Imsonia. Susah tidur malam. Muncul semula pada semester ke 2 dengan kehadiran yang membanggakan. Muncul di semester ke 3 dengan pencapaian yang memusakan. Namun dugaan yang telah aku hadapi ketika semester 4 adalah amat memeranjatkan. Aku tidak mampu untuk meluluskan pencapaian aku dalam subjek Undang-undang. Lebih lagi dengan pensyarah yang sentiasa menjeling pada aku. Mengambil tindakan untuk duduk di barisan pertama kelas supaya lebih prihatin nampaknya menambahkan kemahiran pembelajaran. Terus aku mengulangkaji pelajaran setiap kali di berikan nota-nota bantuan.

Aku tersilap langkah kerana mendalami latihan kokurikulum lebih daripada membuat nota-nota penting. Masa-masa lalu banyak memberi detik detik pemahaman yang rasional untuk berjaya. Pembahagian masa akan membantu. Nota-nota adalah sangat penting.

No comments:

Post a Comment